Selama bertahun, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) telah melanda dalam dunia perubatan. Hakikatnya ianya memberi kesan kepada mangsa dan menjadikan dunia perubatan menjadi bingung. Istilah 'Bingung' terpaksa digunakan kerana setakat ini belum jelas dari mana punca ADHD ini berlaku. Ada sesetengah teori mengatakan, mungkin disebabkan keturunan, malah ada juga yang mengatakan ianya disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia di dalam otak.
ADHD adalah gangguan mental yang kompleks melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa. Gangguan ini boleh menyebabkan seseorang itu bertindak tanpa berfikir, menjadi hiperaktif, dan membuat seseorang itu tidak fokus malah tidak dapat memberikan perhatian kepada apa-apa bentuk perkara dalam tempoh yang lama. Akibatnya kanak-kanak menjadi lebih sukar untuk cemerlang di sekolah, dan juga kepada dalam sesuatu hubungan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka. Amatlah sukar untuk ibubapa mengetahui bahawa anak-anak mereka ini mempunyai ADHD, Apa yang paling penting di sini ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD ini perlulah lebih difahami, supaya ibubapa dapat membantu mengatasi masalah gangguan ini. Dan untuk berbuat demikian, ibu bapa perlu belajar bagi mengenal pasti sama ada kanak-kanak ini mempunyai masalah ADHD atau tidak, dan cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah daripada peringkat bayi.
1) Tugas yang tidak selesai
Peringkat awal yang perlu dibincangkan mengenai ADHD ini ialah mengenal pasti sifat yang ada dalam kehidupan kanak-kanak itu sendiri, dan ibu bapa, penjaga atau guru-guru perlu peka pada masalah ini dan berusaha untuk membantu kanak-kanak ini. Salah satu daripada tanda-tanda gejalanya ialah seringkali lari atau meninggalkan tugas-tugas yang belum selesai dengan tanpa sebab. Kelihatan seperti normal, tetapi seorang kanak-kanak yang mempunyai kesukaran dalam menyelesaikan tugas, akan kekal menjadi satu tabiat, Salah satu sebab mungkin bayi ini berfikir dari satu perkara ke perkara yang lain, dan tidak dapat memberi fokus yang diperlukan bagi menyelesaikan perkara yang sepatutnya mereka boleh lakukan. Cara lain untuk mengenal pasti masalah ADHD ini selain daripada tugas-tugas yang tidak selesai ialah melihat kepada tindakbalas bayi itu sendiri bagaimanana tempoh masa yang diambil, adakah perlu megambil masa yang terlalu lama dalam melakukan tugas tertentu. Kemungkinan ini berlaku disebabkan mereka sentiasa 'keluar dari kotak cara berfikir', atau kehilangan tumpuan disebabkan fikiran mereka sedang mengembara.
2) Sifat Pelupa
Ia adalah perkara biasa jika seseorang itu sesekali terlupa dalam sesuatu perkara atau seketika, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Tetapi bagi bayi yang mempunyai masalah ADHD ini, kealpaan mereka boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan seharian mereka. Menurut American Psychiatric Association, 1 daripada 5 kanak-kanak ini mempunyai ADHD, jadi jika ibu bapa melihat anak mereka sering menjadi semakin pelupa, ia adalah masa yang sesuai untuk bertemu doktor. Tabiat pelupa boleh memberi masalah kepada masa depan seseorang. Seperti meletak tempat yang tidak sepatutnya dalam perkara-perkara yang penting, dan mungkin juga pada tarikh yang penting. Jika ini dibiarkan berlaku sehingga umur dewasa, akan memberi kesan kepada hubungan mereka pada masa hadapan dan juga akan mempengaruhi kehidupan harian mereka yang mengatakan seseorang yang cuai itu tidak boleh dipercayai dalam perkara-perkara yang penting. Bagi bayi kecil pula, ibu bapa perlu beri tumpuan yang lebih ke atas mereka untuk melihat sama ada atau tidak bayi mereka itu mudah lupa. Adakah mereka sering meletakkan makanan di dalam mulut tetapi tidak makan / mengunyah? Adakah mereka sering mula bermain permainan tetapi kemudian lupa apa yang mereka lakukan, dan mula menangis untuk meminta perhatian? Jika ya, maka ia adalah masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan.
3) Tidak boleh bermain dengan senyap
Jika bayi anda tidak boleh bermain secara senyap-senyap, ini mungkin petanda bahawa mereka perlu diperiksa untuk ADHD. Dan tidak semestinya semua bayi yang bermain dalam keadan bising itu bermakna mempunyai ADHD. Cuma apa yang perlu kita tahu, ketidakupayaan untuk bermain secara senyap-senyap adalah salah satu petanda gejala ADHD kepada bayi. Ianya berlaku disebabkan kekurangan tumpuan, otak pesakit ADHD ini tidak dapat membezakan bunyi bising sekitar di belakang mereka dan mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka juga sedang bising. Sekali lagi, kesabaran dan latihan dari ibu bapa diperlukan dalam hal ini. Menjerit kepada kanak-kanak adalah perkara yang tidak baik. Apa yang ibu bapa perlukan ialah melakukan permainan bersama kanak-kanak ini di tempat yang tenang dan sunyi. Ini akan membantu mereka mula melihat bagaimana tidak perlu menghasilkan bunyi yang tidak sepatutnya dan mereka akan dilihat lebih tenang.
4) Gelisah yang berterusan
Perubahan yang berlaku kepada bayi kita dilihat seperti perkara kecil, tetapi ia sudah cukup untuk kita mengetahui bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka tidak boleh duduk dengan diam. Kegelisahan mereka dapat dilihat ketika sedang menyusu, tidak dapat tidur malah kurang selesa apabila dipeluk dan suka bermain ketika diberi makan. Jika ini tidak dirawat, ianya mungkin boleh membawa kesan kepada perubahan kehidupan dewasa dan menjadikan sifat kebimbangan dan kegelisahan itu kekal didalam.
Bagaimana ini dapat dikawal diperingkat awal? Sebaiknya kanak-kanak ini perlu dibawa berjalan-jalan setiap hari. Ini akan membantu tubuh mereka melepaskan beberapa perasaan yang terbuku dan menjadikan mereka merasa lebih tenang apabila kerap melakukan banyak pergerakan, sekaligus dapat mengurangkan kebimbangan dan kegelisahan yang berterusan.
5) Melakukan Kesilapan / Lalai
Ini adalah perkara yang sangat mengganggu kehidupan kita. Manusia terdedah kepada kesilapan, dan tidak ada seorang kanak-kanak di atas bumi ini yang tidak melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang mempunyai ADHD ini, keupayaan atau kesabaran mereka untuk bertenang seketika dalam setiap perkara yang dilakukan dilihat seperti tidak ada.
Ini juga boleh dikaitkan dengan faktor lalai. Seseorang yang mempunyai masalah ADHD ini fikiran mereka sentiasa sibuk dan mereka tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas yang sedang mereka lakukan, seperti mengotorkan pakaian mereka setiap kali ketika makan, fikiran mereka hanya tertumpu tentang apa yang difikirkan ketika bermain bersama ibu, dan mereka tidak sedar yang mereka telah menumpahkan makanan pada diri mereka sendiri.
Dalam kes seperti ini, memanggil bayi, untuk mengalihkan perhatian mereka supaya dapat menarik perhatian mereka semula. Dan menjadikan fikiran mereka kembali memberi tumpuan apa yang berada di tangan mereka.
6) Perubahan Emosi
Satu lagi gejala ADHD di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah perubahan Emosi. Perubahan emosi datang dalam pelbagai bentuk tetapi salah satu servis yang telah dilakukan adalah gangguan Bi-Polar dan ianya sering dikaitkan dengan ADHD pada kanak-kanak. Kemurungan yang berlaku pada peringkat umur dewasa, ialah apabila ianya tidak dicegah di zaman kanak-kanak. Salah satu kesan sampingan negatif pada perubahan emosi ialah mereka mudah merasa rendah diri. Setiap kanak-kanak berasa kecewa apabila sesuatu perkara yang mereka ingini tidak berlaku mengikut kehendak mereka. Ini mungkin tidak begitu berbahaya dalam peringkat zaman kanak-kanak, tetapi jika diabaikan dan tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah utama pada masa akan datang termasuk kemarahan, dan kecenderungan untuk membunuh diri. Ibu bapa juga perlu menahan diri daripada menengking kepada bayi dan juga kanak-kanak. Dimana gangguan ADHD ini akan membuat mereka bertindak balas dengan cara yang sama kepada kita, berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah ADHD ini. Kanak-kanak ini biasanya sifatnya sangat mudah dibentuk jika dari peringkat bayi lagi. Tidak perlu dengan cara menengking atau menjerit, hanya perlu pergi ke hadapan mereka dan bercakap dengan mereka.
7) Tidak Terurus
Ini adalah masalah yang ketara kepada kanak-kanak dewasa yang berumur lebih daripada 4 tahun berbanding bayi yang masih kecil. Tidak teratur atau tidak terurus merupakan gejala ADHD dan sifat ini terbawa sehingga dewasa. Apa yang kita maksudkan disini ialah menjadi isu yang lebih serius apabila dewasa. Seseorang yang tidak teratur/terurus akan mempunyai cabaran dalam kehidupan, dan akan bermasalah bila hendak mengurus. Mereka ini dalam kategori suka melakukan sesuatu kerja dengan secara melulu atau mereka tidak merancang lebih awal. Ini menjadikan mereka begitu sukar untuk bekerja sebagai satu pasukan.
Ia masih boleh diperbaiki dengan memastikan kanak-kanak ADHD ini melakukan tugas seperti mengemas bilik mereka, menyediakan jadual bagi memudahkan mereka mengikutinya. Dengan melakukan cara pengamalan begini ianya akan meningkatkan perubahan sebahagian daripada sifat mereka seperti menggalakkan mereka meletakkan sesuatu barang permainan di tempat yang betul.
8) Sifat Tantrum / Agresif
Tantrum adalah satu perilaku dimana hal- hal yang mungkin terjadi pada individu seperti suka Berteriak, Menangis, Bersifat Agresif, Melempar barang, Menyakiti diri sendiri atau orang lain, Melempar atau menendang barang, Mengeluarkan kata- kata kasar dan cuba anda bayangkan jika sifat begini kekal sehingga dewasa.
Kadang-kadang, ibu bapa terlepas pandang tingkah laku agresif seperti ini kepada seorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia adalah masalah serius yang patut kita bimbang jika tantrum ini dibiarkan berterusan dan semakin buruk apabila sifat kanak-kanak ini dibiarkan kekal sehingga dewasa. Dan sebagai Ibubapa peranan kita bersifat kasih sayang amatlah diperlukan untuk menarik perhatian mereka dan sebaiknya ibubapa haruslah mempelajari teknik-teknik untuk memberikan kasih sayang dengan cara yang betul bagi mengatasi masalah ini.
9) Menggalakkan latihan
Gangguan ADHD ini mampu menyerang bahagian otak yang boleh memberi kesan kepada tumpuan dan kesimbangan. Adalah penting untuk menggalakkan latihan yang membina bagi menguatkan sebahagian daripada otak. Latihan mengundur adalah salah satu latihan yang paling berkesan untuk membina tumpuan. Dalam latihan ini, kanak-kanak diminta untuk mengira cara terbalik dari 100 hingga 1 dan kemudian barulah kita dapat menilai peratusan pretasi tumpuan mereka.
Pada awalnya dilihat begitu sukar untuk kanak-kanak ini, kerana mereka akan dilihat kehilangan zon dari cara berfikir dan tidak dapat mengikuti sepenuhnya latihan ini sehingga tamat. Adakalanya latihan seperti ini boleh mencegah masalah teratur/terurus yang kita bercakap berkenaan awal tadi. Sebagai seorang kanak-kanak perbuatan kita ini mampu menjadikan mereka merasa mendapat perhatian dan kelebihannya memudahkan mereka mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik.
Latihan lain seperti mengangkat kepala, merentas dada, perut merangkak, pelukan, dan kepala ke kaki boleh dilakukan untuk menjadikan otak mereka aktif.
10) Mengawal corak tidur bayi
Gangguan ADHD ini tidak akan berlalu hanya kerana mereka tidur. Jika seseorang bayi tidur dalam tempoh masa yang terlalu singkat, Ini adalah perkara yang sepatutnya kita bimbang, kerana otak bayi tidak mendapat rehat yang secukupnya. Akibatnya, kanak-kanak ini akan mengalami masalah apabila belajar dan bersifat sering terlupa pada waktu siang. Senaman fizikal ditambah pula dengan penjagaan dalam pemakanan bayi boleh membantu mereka ini tidur dengan lebih baik. Perlu diingat bahawa gula tiruan dalam jus dan kek memainkan peranan yang besar dalam hiperaktif dan insomnia.
11) Menggalakkan pemikiran
Kanak-kanak sering menyatakan bahawa pendapat mereka perlu diikuti walaupun ibubapa merasa ini adalah perkara yang tidak sesuai untuk anak-anak mereka. Adakala Ibubapa perlu digalakkan berfikir bagaimana cara kanak-kanak itu sedang berfikir.
Cuba kita memahami mengapa mereka buat bising. Adakah mereka mahu makanan, permainan atau hanya perhatian. Ianya perlu dilakukan dengan cara yang tenang dan mengambil kira semua aspek. Kanak-kanak yang mudah beremosi akan sukar untuk kita dekati apalagi dalam memahami masalah mereka .
Proses ini adalah untuk membantu keupayaan mereka dengan memberi tumpuan cara mereka berkomunikasi dengan kita dan sekaligus mereka dapat melihat dengan gambaran yang lebih jelas. Merancang cara begini, adalah satu perkara yang sangat baik, mungkin kanak-kanak ini juga akan jadi yang terbaik apabila mereka meningkat dewasa nanti. Semua ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka ini membesar menjadi seorang yang bijakkan ?
12) Menetapkan objektif yang munasabah
Pengorbanan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk berurusan dengan kanak-kanak yang mempunyai ADHD ini. Mulakan dengan mengajar bayi anda bagaimana untuk menjadi bebas berfikir, bagi membantu mereka mencapai masalah ini, beberapa langkah perlu diambil, seperti bermain permainan dalam tempoh masa yang tidak ditentukan, atau menyiapkan sesuatu tugas tanpa kita memaksanya atau menyuruhnya dengan berulang kali seperti merangkak ke arah ibu atau ayah. Bagi mencapai objektif ini kita perlu bijak seperti.
• Menyediakan objektif yang spesifik, untuk mereka fahami.
• Memastikan kejayaan yang mudah diperolehi supaya mereka lebih
bersemangat
• Mencapai sesuatu barang dengan mudah, supaya mereka
merasa seronok apa yang mereka kejar.
• Mengajar mereka bersikap realistik berdasarkan tingkah laku kita untuk kanak-
kanak itu sendiri, supaya mereka lebih mudah memahami apabila gagal dalam
sesuatu perkara.
• Menetapkan masa supaya mereka lebih memahami menyelesaikan sesuatu
perkara dalam masa yang ditetapkan.
13) Membina Ikatan, bukan Perilaku
Ibu bapa biasanya akan cepat merasa marah disebabkan mengharapkan anak-anak mereka ini sentiasa menjadi seorang yang baik. Tetapi mereka harus mengingatkan diri sendiri bahawa bukan salah bayi penyebab kepada ADHD ini. Di sini Ibubapa dinasihatkan untuk merawat perbuatan anak-anak dan bukan membentuk perilakunya. Manakala beberapa langkah-langkah tertib diperlukan, mereka tidak seharusnya didorong ada perasaan kemarahan atau niat yang selain dari itu dan jangan hanya kerana disebabkan ADHD ini, sikap Ibubapa dapat dikalahkan.
Sources: LiveStrong, Reader’s Digest, Health Line, BabyCenter and Baby Sleep Site