top of page

Muzium Jururawat

Kuala Lumpur pernah dilanda sepi kerana penghijrahan beramai-ramai akibat daripada wabak Taun. Pada 1870 sebuah Hospital Kuala Lumpur dinaikkan tarafnya kepada 3 buah wad iaitu Wad Tai Wah, Wad Choudry dan Wad Melayu.

Sejarah Kolej Kejururawatan 

             Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur

Pada 1880 Kuala Lumpur telah kembali dikunjungi dan jumlah penduduknya mula meningkat daripada 2,000 orang pada tahun 1878 kepada 4,000 orang pada tahun 1884. Menjelang awal abad ke-20 (1901) jumlah tersebut mencecah lapan kali ganda iaitu seramai 32,000 dan terus meningkat kepada 58,000 orang pada tahun 1914. Pada tahun 1884 dilaporkan terdapat 234 buah rumah batu dan jumlahnya meningkat kepada 518 pada 1887. Kepesatan Kuala Lumpur semakin dapat dilihat apabila jalan kereta api dari Kuala Lumpur ke Kelang siap dibina pada tahun 1886. Sebelum ini perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelang terpaksa mengambil masa tiga hari.

Pada 27 Mei 1890, sempadan bandar Kuala Lumpur telah diisytiharkan. Tandas awam pertama di bandar Kuala Lumpur dibina pada tahun 1890, iaitu di Klyne Street (hari ini dipanggil Jalan Hang Lekir). Rata-rata, tandas yang digunakan ketika itu ialah tandas sungai. Tandas tong merupakan tandas yang paling eksklusif ketika itu dan hanya digunakan di beberapa buah rumah kedai, hospital dan penjara. Pada tahun 1894, Pegawai Kesihatan LKKL (Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur), Dr Travers (namanya "disemadikan" pada sebatang jalan berhampiran Muzium Negara hari ini) mahukan penggunaan tandas sungai dihentikan. Penduduk Kuala Lumpur mula menikmati bekalan air bersih apabila empangan Ampang telah siap dibina sepenuhnya sekitar 1896. Pada tahun 1905 penduduk Kuala Lumpur mula menerima kemudahan bekalan elektrik.

Di ambang 1914, Kuala Lumpur mula menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Namun pembangunan tersebut terpaksa melalui beberapa pengalaman. Penduduk diancam maut disebabkan pelbagai jenis penyakit berjangkit yang timbul. Wabak hawar, phtisis (batuk kering) dan malaria merupakan penyakit-penyakit yang utama ketika itu punca kepada penyebab kematian.

Pada tahun 1920 Hospital Kuala Lumpur telah dinaik taraf kepada 25 buah wad, Kelas Pertama di Bangsar, atau dikenali sebagai Hospital Eropah, manakala Kelas Kedua dan Kelas Ketiga di Hospital Pauper, kini dikenali sebagai Hospital Kuala Lumpur.

Hospital Eropah
Hospital Kuala Lumpur
Pada 5 Julai 1953 Perasmian Semula Wad Melayu, Hospital Kuala Lumpur
Kolej Unit Kejururawatan Kuala Lumpur sekitar 1930
Kolej Unit Kejururawatan Kuala Lumpur 8 April 1961
Unit Kejururawatan Kuala Lumpur 28 Januari 1962

Pada 7 April 1967, telah  berlangsung majlis peletakan  Batu  Asas  Hospital  Kuala  Lumpur  yang  disempurnakan  oleh  Pendana  Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman  Putra. Pembinaan bangunan hospital ini bertujuan untuk menggantikan bangunan-bangunan  hospital  lama  yang  telah berusia lebih  80  tahun. 

 

Pembinaan hospital  ini telah melalui  lima  fasa. Fasa pertama dimulakan pada tahun  1963  yang   menempatkan Rumah Sakit Bersalin setinggi  lima  tingkat dan mempunyai  214  buah katil pesakit.  Fasa kedua pada tahun  yang  sama menempatkan pejabat  x-ray  yang moden dan sebuah asrama jururawat setinggi empat tingkat.  Ia mempunyai  608  buah katil pesakit. Fasa ketiga  yang  dimulakan pada 1968,  menempatkan gedung ubat, bilik bedah dan bilik syarahan untuk sekolah latihan jururawat serta sebuah bilik tabung  derma  darah.  Ini  diikuti  dengan  fasa  empat  dan  lima  pada  tahun  yang  sama. 

 

Perbelanjaannya  menelan  kos  berjumlah  RM  49  juta  dengan  RM 21  juta  diperuntukkan  untuk  fasa  pertama  dan  kedua.  Manakala  selebihnya  untuk  fasa-fasa  yang  berikutnya.  Usaha-usaha  pembinaan  hospital  baru  ini  membuktikan  keperihatinan  kerajaan  terhadap  keperluan kemudahan  dan  tahap  kesihatan  rakyat  Malaysia  dengan  mengambil  peluang  dari   pembentukan  negara  sendiri  dan  kemerdekaan  yang  dikecapi

Hospital Kuala Lumpur 7 April 1967
Penyampaian Sijil kepada Jururawat 27 Mac 1969

Pada 1973 Penempatan Asrama Jururawat telah ditambah. Dan Kursus Lanjutan untuk Diploma mula diperkenalkan Di Hospital Kuala Lumpur

Kursus Lanjutan untuk Diploma telah diperkenalkan secara Rasmi pada 13 April 1971 Di Hospital Kuala Lumpur
Kumpulan Jururawat diberi Penghormatan meraihkan Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos 1973

Kolej Kejururawatan Kuala Lumpur telah ditutup secara berperingkat bermula pada tahun 1999 dan digantikan dengan Kolej Unit Farmasi

Kenangan terakhir Pelajar Kolej Kejururawatan Kuala Lumpur sekitar 1997
Sumber: DBKL (LKKL), Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), Hospital Kuala Lumpur, Prof Faridah Abd Rashid
MAKING OF THE LADIES WITH THE LAMPS

Pada tahun 1854 tercetus Perang Crimea(Perang Timur), membuka peluang kepada kerjaya Kejururawatan Moden. Ketika itu Florence Nightingle pula telah dilantik menjadi Pengasas jururawat di King's College Hospital, iaitu hospital ini  dibina tahun yang sama di Pulau Pinang yang telah memberi laluan kepada permintaan jururawat disektor Perubatan.

​

Kutipan dana bernilai 44,000 pound sterling termasuk 9,000 pound sterling dari tentera berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada beliau sebagai penghargaan keatas usaha beliau, dengan dana tersebut, beliau mengasaskan sebuah sekolah latihan kejururawatan di St Thomas Hospital London, dan memberi peluang kepada 15 jururawat untuk memulakan latihan dalam bidang Anatomi, Kejururawatan Perubatan dan Pembedahan.

​

Florence Nightingle dilahirkan dalam keluarga kaya di Florence pada 12 Mei 1820 tarikh lahir yang digunakan setiap tahun sebagai Hari Jururawat.

​

Serangan berterusan dari pelbagai penyakit dan kegagalan untuk mengawal keadaan menjadikan permintaan jururawat diperlukan, lebih memburukan ekoran ketiadaan wanita Eropah. Mengikut minit-minit prosiding Jawatankuasa Penilai, jururawat yang membantu orang yang sakit ketika itu diambil dari kalangan banduan.

​

 Pada 1886 bermulanya kedatangan jururawat terlatih, mereka adalah jururawat India dari Madras. Cara perawatan mereka dianggap pelik dalam dunia perawatan seperti mencuci luka dari luka yang telah direndam di dalam saline dan pesakit diberi cecair yang telah diguna untuk diminum., ada juga 10 Birawati Katolik diPenang melakukan kerja-kerja Kejururawatan dari tahun 1887. Dan pada tahun 1900 Sister yang tiba dari England telah mengambil alih mengikut kenyataan dari sebuah akhbar.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

Jururawat baru yang tiba ketika itu ialah seorang Matron bersama tiga pembantu kesemuanya terlalu muda dan mempunyai penampilan yang menarik. Birawati Katolik, kemudian kembali ke Convent di hari yang sama.

​

 Sister St. Apolline pula telah menerima Anugerah dari kerajaan sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan beliau sepanjang pengorbanan berkhidmat, dan selepas itu beliau meninggalkan Penang.

Sumber: The Making of 103 Years of Medical Services
New Straits Times  10 May 2001
Chong Nyet Lin: Kejururawatan awal di Kuala Lumpur

Chong Nyet Lin telah dilahirkan di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 1 Mei 1915. Beliau dibesarkan di Kuala Lumpur dan memasuki alam persekolahan apabila berumur 7 tahun di Kuala Lumpur pada tahun 1922 , dan tamat persekolahan pada tahun 1931, pada gred IX, dan Senior Cambridge.

 

Chong Nyet Lin meneruskan pelajarannya di sekolah kejururawatan di General Hospital Kuala Lumpur. Bangunan kayu dan mempunyai banyak tingkap,  yang menunjukkan bahawa kursus kejururawatan selama dua tahun.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Gambar-gambar menunjukkan pengajar kejururawatan wanita Inggeris. Ramai Wanita Melayu dalam kursus kejururawatan, apabila melihat gambar kedua.


Chong Nyet Lin pada awal tahun 1930 bekerja sebagai seorang jururawat berdaftar di Hospital Bangsar, juga dikenali sebagai Hospital Eropah, di Unit Bersalin hospital Bangsar dan kemudian dinaikkan ke pangkat Matron. Beliau dikenali sebagai Matron atau Mariah dan kadang-kadang Puan Chong.

Lin Chong Nyet kejururawatan tahun pertama, berdiri di barisan tengah di sebelah kanan.
Lin Chong Nyet kejururawatan tahun kedua, berdiri dalam barisan belakang, 3 dari kanan.
Dikenali sebagai Matron Maria di Kelantan selepas perang, 1948
Matron Maria di hospital bersalin Pulau Pinang, Jun 1958.

Selepas berkahwin, dia mengikuti suaminya ke luar negara dan pulang ke Kuantan sebelum menetap di Pulau Pinang.

​

Matron Mariah meninggal dunia pada hari Jumaat, 2 Oktober 1996, komplikasi hati di Hospital Seberang Jaya.

 

Matron Mariah dan suaminya Dr Che Lah telah dikebumikan di Kubur Masjid Jamek Gelugor, Pulau Pinang. Kubur mereka berada berhampiran pintu utama ke kawasan masjid lama. Masjid baru telah dibina dan siap pada 2014.

Sumber: Prof Faridah Abdul Rashid

Edith Cavell

Edith Cavell (1865-1915) was a British nurse working in Belgium who was executed by the Germans on a charge of assisting British and French prisoners to escape during the First World War.

​

Born on 4 December 1865 in Norfolk, Cavell started nursing aged 20. After many nursing jobs Cavell moved to Belgium and was appointed matron of the Berkendael Medical Institute in 1907.

​

At the start of the First World War in 1914 and the following German occupation of Belgium, Cavell joined the Red Cross supporting the nursing effort and the the Berkendael Institute, where Cavell was matron, was converted into a hospital for wounded soldiers of all nationalities. Soldiers who were treated at Berkendael afterwards succeeded in escaping with Cavell’s active assistance to neutral Holland. After being betrayed, Cavell was arrested on 5th August 1915 by local German authorities and charged with personally aiding the escape of some 200 soldiers.

Once arrested, Cavell was kept in solitary confinement for nine weeks. During this time, the German forces successfully took a confession from her, which formed the basis of her trial. Cavell, along with a named Belgian accomplice, Philippe Baucq, was pronounced guilty and sentenced to death.

​

The sentence was carried out on 12th October 1915 by a firing squad without reference to the German high command. Cavell’s case received significant sympathetic worldwide press coverage and propaganda, most notably in Britain and the then-neutral United States. News of Cavell’s murder was used as propaganda to support the war effort. In the weeks after Cavell’s death the number of young men enlisting to serve in the First World War significantly increased.

​

Cavell, was buried at Norwich Cathedral and is commemorated in a statue near Trafalgar Square in London.

Nursing Education at Thomas Jefferson College of Nursing 1891-Present

April 28, 2016 Jane Early

The first home of Thomas Jefferson hospital was the old Tivoli Theater located at 518 Locust St, Philadelphia.  The first operation was performed in 1825  by Dr. George McClellan.  It wasn’t until 1838 that the medical department of the Jefferson College of Cannonsburg, established a separate and independent corporate body under the name Thomas Jefferson Medical College of Philadelphia.

​

The new medical college expanded by acquiring buildings, which enabled Thomas Jefferson Medical College Hospital to formally open September 17, 1877.  The new building located at 1020 Samson St could accommodate 125 patients.  The first year 441 patients were treated.  Prior to the construction of this building surgical patients were sent home with a Clinical Assistant.  Seriously ill or injured patients received care in two rooms that were located on the second floor over a store, on the south west corner of 10th and Sansom St.

​

Thomas Jefferson Medical College Hospital started a “training school” for nurses in 1891.  The first class was composed of 15 young women.  Three nurse executives, led by Miss Benson, Directress of Nursing, did the supervision assisted by the teaching staff of the attending staff.  In 1893, five students graduated and  received diplomas.

​

In 1918, the first list of approved nursing schools in Pennsylvania was compiled and Thomas Jefferson College of Nursing placed at the top of the list.  The Nurses’ Alumni Association was formed in 1895.

​

Congratulations on educating nurses for 125 years. 

​

source: Roberta Mayhew West, RN. History of Nursing in Pennsylvania. Pennsylvania Nurses” Association, 1931.

Nurse Uniforms Through the Ages

Nurses' Uniform Exhibit (pictured at right) highlights historic nursing attire from the first six decades of the 20th century.

Brigham Women's Hospital (BWH) April 2013. 

1899

1906

1917

1924

1930

1940

1950

1960

1970

1980

History of Nursing
Muzium Hospital di Malaysia

SIBU 21 April -

Mendengar perkataan muzium, sudah pasti kita mula membayangkan artifak sejarah dan warisan budaya.

​

Tetapi di bandar ini, satu-satunya muzium ialah Muzium Peringatan Hospital Lau King Howe terletak di Jalan Pulau di sini.

​

Ia mengambil sempena nama King Howe, seorang guru terlatih berhijrah dari Foochow, Fukien, China pada 1916 dan mengurus ladang getah di sini.

​

Sebelum pulang ke China pada 1930, beliau mendermakan semua harta bendanya kepada penjajah untuk menubuhkan sebuah hospital pertama di Sibu.

​

Hospital berharga RM82,000 itu siap pada 1936.

Hospital itu ditutup pada 31 Ogos 1994 apabila hospital baru di Jalan Oya beroperasi.

​

Selain pelbagai peralatan perubatan, muzium ini turut mempamerkan catatan peribadi King Howe.

​

Di laluan masuk ke ruang pameran, pihak pengurusan mempamerkan patung mendiang King Howe sebagai memperingati jasanya.

​

Antara peralatan dipamerkan ialah mesin dialisis, alat pembedahan, mikroskop, pakaian seragam jururawat, replika bilik pembedahan dan sinar-X serta model rangka manusia.

​

Gambar-gambar lama bangunan Hospital Lau King Howe turut disajikan untuk tatapan pengunjung.

​

Bangunan Hospital Lau King Howe yang diubah suai bagi menempatkan pelbagai peralatan berkaitan bidang perubatan dan kesihatan, mula beroperasi pada 4 Disember 2008.

​

Sejak ia dibuka, kehadiran pelawat ke muzium itu amat menggalakkan.

​

Setiausaha Lembaga Pengurusan muzium itu, Dr. Hu Chang Hock berkata, jumlah pengunjung kini hampir 2,000 orang sejak ia dibuka.

​

"Kehadiran pengunjung yang memberangsangkan menunjukkan muzium ini antara tempat menarik perlu dikunjungi di Sibu.

​

"Kita harap lebih ramai pengunjung datang untuk memahami sedikit sebanyak sejarah dan peralatan perubatan yang dipamerkan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

​

Chang Hock menambah, majoriti pengunjung merupakan penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya.

​

Menurut beliau, muzium dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang dan hanya ditutup pada hari Isnin.

​

"Apa yang kita perlu usahakan sekarang ialah promosi agar muzium ini terus menerima kunjungan orang ramai termasuk pelancong," katanya.
 

Oleh MORTI BUTEK
utusansabah@utusan.com.my

Join our mailing list

Never miss an update

bottom of page