top of page

Pengenalan

​

Bahagian Pembangunan Kesihatan keluarga adalah nadi perkhidmatan kesihatan awam di peringkat primer bagi negara ini. Perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua peringkat umur mulai lahir hingga ke akhir hayat melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam. Skop perkhidmatan terdiri dari empat komponen iaitu " kesihatan, penyakit, kecemasan, sokongan klinikal dan informatik kesihatan". Kesemua jenis perkhidmatan diberi melalui pelbagai fasiliti kesihatan samada fasiliti statik yang berjumlah lebih dari 3000 klinik. Disamping itu juga perkhidmatan disalurkan melalui perkhidmatan bergerak yang kini berjumlah lebih dari 200 unit melangkaui sempadan samada melalui darat, udara mahupun air, mejelajahi kediaman diceruk pendalaman. Sehingga kini jumlah kedatangan yang di lihat oleh fasiliti-fasiliti tersebut telah menjangkau 40 juta setahun.

​

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) merupakan salah satu bahagian dari empat bahagian dalam Program Kesihatan Awam. Program Kesihatan Awam pula adalah satu dari 3 Program Utama dibawah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. BPKK bertanggung-jawab menjalankan dan membangunkan strategy, dari pelbagai polisi yang di luluskan untuk dilaksanakan sebagai aktiviti disamping memantau kemajuan projek diperingkat akar umbi iaitu diperingkat individu dan keluarga. Bagi menyempurnakan tanggunjawab tersebut BPKK mempunyai 2 sayap atau Sektor di bawah nya iaitu Sektor Kesihatan Keluarga dan Sektor Penjagaan Kesihatan Primer.  Bagi memudahkan pemahaman ciri-ciri Sektor ini ia boleh dibandingkan dengan "perisian" bagi sektor keluarga dan "perkakasan" bagi sektor penjagaan kesihatan primer.

 

Sektor Kesihatan Keluarga terdiri dari 6 Cawangan yang bertanggung jawab merancang dan melaksana program mengikut "peringkat umur pusingan hidup"

​

  • Kesihatan Ibu

  • Kesihatan Perinatal, Neonatal dan Kanak-kanak

  • Kesihatan Remaja

  • Kesihatan Wanita dan Lelaki Dewasa

  • Kesihatan Warga Emas

  • Perkhidmatan Rehab dan Keperluan Khas

 

Sektor Penjagaan Kesihatan Primer bertanggung jawab menjalankan perancangan bagi memudahkan pelaksanaan program di peringkat penduduk dan usaha-usaha mengintegrasikan perkhidmatan dengan pelbagai agensi:

​

  •  Polisi dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Primer

  •  Penjagaan Perubatan Penjagaan Kesihatan Primer

  •  Sokongan Klinikal Penjagaan Kesihatan Primer

  •  informatik Penjagaan Kesihatan Primer

Jadual Klinik Bergerak 1 Malaysia
bottom of page