top of page

  Sambutan Hari Jururawat

        Unit Kejururawatan 

      Daerah Hulu Selangor

                       2017

Disempurnakan oleh ; Dr Norhashimah Bt Ariffin
                  Pegawai Kesihatan Daerah 2
PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU SELANGOR

           Sambutan Hari Jururawat Sedunia bagi Unit Kejururawatan Daerah Hulu Selangor kali ini bertempat di Hot Spring, Sungkai, Perak Darul Redzuan, dan telah dirasmikan oleh Dr Norhashimah Bt Ariffin, Pegawai Kesihatan Daerah 2. Tujuan sambutan Hari Jururawat ini diadakan bagi merealisasikan Tema Sambutan Hari Jururawat Sedunia NURSES "A Voice To Lead - Achieving The Sustainable Development Goals" atau dalam Bahasa melayu, Jururawat "Suara Memimpin - Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari", atau maksud secara mendalamnya "Bagaimana seorang jururawat mengambil peranan sebagai pemimpin, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraaan rakyat". Mereka adalah duta dalam mendidik masyarakat ke arah penjagaan Kesihatan. Jururawat juga merupakan tenaga kerja barisan hadapan dalam perkhidmatan Kesihatan dan mampu menjadi pemangkin perubahan untuk penambahbaikan kepada sistem dan juga penjagaan kesihatan yang teguh.

Sambutan Hari Jururawat Sedunia
Sila Klik untuk lebih jelas
PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU SELANGOR
bottom of page