top of page
              KURSUS KAWALAN INFEKSI BIL 2/2016
                               20 - 21 Oktober 2016
                            Masa 8.00 am - 5.00 pm
DEWAN KULIAH RUMAH EHSAN, KUALA KUBU BHARU
            DiKetuai oleh: DR Nurul Huda Bt Hamzah
KAWALAN INFEKSI
KESIHATAN PRIMER
PKD HULU SELANGOR
PENGENALAN
KAWALAN INFEKSI

Kemunculan penyakit berjangkit yang baru seperti SARS dan H1N1 serta peningkatan semula kejadian penyakit berjangkit seperti PTB, HIV, Hepatitis B dan lain-lain telah mendorong perlunya ada program Kawalan Infeksi yang cekap dan berkesan di semua fasiliti kesihatan awam. Program ini merupakan aktiviti yang penting dalam mengekalkan kesihatan anggota-anggota kesihatan awam.


Program kawalan infeksi perlu diwujudkan dan diamalkan secara betul dan berterusan agar dapat mengawal berlakunya jangkitan. Kegagalan dalam amalan kawalan infeksi akan memudahkan penularan jangkitan silang dari pesakit ke anggota kesihatan dan kepada pesakit lain. Oleh itu, adalah penting untuk semua anggota kesihatan, pesakit, ahli keluarga pesakit dan rakan-rakan mematuhi kawalan infeksi secara serius. Pihak pengurusan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan lancar.


Istilah ‘Standard Precautions’ telah menggantikan istilah ‘Universal Blood and Body Fluid Precaution’, dan ‘Additional (transmission-based) Precaution’ mengganti istilah ‘Universal Precautions’ dan ‘Barrier Nursing’.


Anggota kesihatan mesti menganggap darah dan cecair badan pesakit berpotensi menjadi punca jangkitan. Oleh itu, Standard Precaution perlu diamalkan untuk mengurangkan transmisi mikrorganisma. ‘Additional Precaution’ boleh digunakan sebagai tambahan dalam pengawalan penyakit berjangkit melalui udara, titisan dan sentuhan di fasiliti kesihatan.

Disini kami kongsikan beberapa keping gambar semasa Latihan Kursus dijalankan, semoga pengalaman ini dapat meningkatkan Kawalan Infeksi di Unit PKD Hulu Selangor

 Sila Klik digambar untuk melihat dengan jelas

Disini kami turut kongsikan bersama orang awam apabila pergi ke Hospital atau Klinik.

Apa tindakan yang anda boleh lakukan jika anda ada simpton-simpton sebegini.

bottom of page