1: Terlalu Banyak Gula Punca Mengantuk
Satu perkara yang perlu diperhatikan oleh ibu-ibu dan juga bayi adalah mengantuk. Jika seorang ibu tidak pasti sama ada dia terlebih gula atau tidak mahu pula pergi berjumpa doktor, salah satu gejalanya ialah mengantuk. Dalam kehamilan, seorang ibu memerlukan gula untuk rangsangan tenaga. Walau bagaimanapun, gula adalah penyebab kepada masalah Kesihatan yang lain, paras gula yang lebih mampu menjadikan pemakan berasa letih sepanjang masa. Bayi yang lahir dari ibu mempunyai kandungan gula darah yang tinggi akan turut menjadi letih. Keletihan mereka akan kelihatan ganjil, kebanyakan bayi akan tidur lebih panjang, pada waktu siang dan malam. Ini adalah kerana proses ritma sirkadian yang tidak kukuh lagi. Bayi yang lahir dengan kandungan gula darah yang tinggi ini akan menjadi lebih mengantuk daripada biasa. Mereka mungkin akan lebih mudah berasa letih apabila berjaga dan bermain.
2: Berlebihan Gula Dalam Badan
Pengambilan gula setiap hari tidak menjadikan ianya merbahaya kepada bayi dalam jangka masa panjang atau jangka pendek. Malah, dalam beberapa faktor seperti coklat, sebenarnya baik untuk Kesihatan, Ini kerana Koko mampu memberi manfaat kepada jantung. Bagaimanapun, adalah penting untuk kita berhati-hati dalam pengambilan gula. Gula yang berlebihan, atau makanan yang berlebihan dengan kandungan gula, boleh menyebabkan paras gula yang tinggi dalam darah. Kandungan darah yang tinggi dengan gula pula boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan, jadi adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana untuk menguruskannya dengan baik.
3: Pemanis Tiruan mampu membahayakan kehamilan
Semua pemanis tiruan adalah gula tiruan, tetapi tidak semua gula tiruan adalah pemanis tiruan. Gula tiruan adalah pengganti gula yang ramai menggunakan untuk baking atau dalam minuman. Mereka menggunakan sebagai alternatif yang sihat bagi gula yang sebenar. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku, kepada wanita yang hamil, pemanis tiruan ini perlulah dielakkan. Sebaiknya wanita yang hamil ini menggunakan gula biasa didalam teh mereka. Ini kerana bahan kimia yang dijumpai di dalam pemanis tiruan, tidak berbahaya untuk orang biasa, tetapi untuk wanita yang sedang hamil, ianya boleh menjejaskan kesihatan dan bayi mereka.
4: Kandungan Gula yang Tinggi dalam Darah Dan Kecacatan Kelahiran
Kadang-kadang, kandungan darah gula yang tinggi boleh mendatangkan kesan kepada janin dimana ianya akan memberi kesan kepada mereka sepanjang hidup . Salah satu penyebabnya, adalah jantung kerana ia dikaitkan dengan tahap gula yang datang daripada ibu. Faktor yang lain ialah masalah berat badan ketika lahir ianya juga boleh dikaitkan dengan kandungan gula didalam darah.
5: Penghidap Kencing Manis
Kepada ibu-ibu yang menghidap kencing manis, banyak langkah-langkah yang berbeza boleh diambil ketika mengandung. salah satunya dengan memantau penjagaan pemakanan. Sesetengah wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, akan menerima rawatan insulin. Dan ianya boleh memberi kesan kepada bayi semasa peringkat janin. Bayi yang lahir daripada ibu yang menghidap kencing manis ini selalunya lebih cenderung kepada masalah jantung. Di samping itu, bayi ini juga boleh mendapat kecacatan kelahiran yang kekal, seperti spina bifida. Spina bifida adalah kecacatan tiub neural yang berlaku apabila tulang vertebra sekitar tidak menyambung dengan betul. Dalam kes tertentu ada bayi yang tidak dapat menggerakkan kakinya, lengan, atau bahagian-bahagian tubuh yang lain. Mereka mungkin terdedah kerosakan saraf di bahagian belakang leher, dan mempunyai lesung pipit kecil di mana kulit tumbuh untuk menampung saraf mereka.
6: Defisit pemakanan yang tinggi Gula
Apabila seorang wanita mengandung, adalah penting untuk mereka mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan. Adakalanya si Ibu perlu mengambil makanan tambahan untuk kehamilan mereka bagi memastikan vitamin mencukupi. Walau bagaimanapun, perkara yang utama ialah memastikan pemakanan yang sesuai. Kebanyakan vitamin yang datang dalam bentuk bergetah dan boleh diambil semasa mengandung. Mengambil gula secara sederhana adalah untuk memastikan nutrisi lain berguna kepada janin, dan ianya akan membantu pertumbuhan pembesaran dan perkembangan bayi.
7: Bayi akan mengidam Gula
Ada diantara wanita inginkan makanan yang manis apabila mereka mula hamil, keinginan mereka untuk merasa makanan yang manis ini semakin tinggi. Ianya tidak habis di situ sahaja, malah keinginan mereka untuk makan lebih daripada biasa dilihat semakin kuat. Wanita hamil mampu makan makanan yang banyak, dan ianya tidaklah menghairankan, berbeza kepada wanita hamil yang mempunyai keinginan rasa manis, mereka ini mampu memakan makanan yang manis dalam kuantiti yang banyak. Ini akan meningkatkan gula dalam darah mereka dari masa ke semasa dan membawa kesan kesihatan ke atas bayi, termasuk deria rasa bayi keatas makanan. Bayi yang lahir dari pengambilan gula yang tinggi ini, akan sering dilihat mengidamkan rasa manis, dan apabila rasa manis ini dikurangkan, menjadikan bayi ini sukar untuk menerimanya dalam pemakanan rutin harian mereka, apalagi perlu bagi seorang bayi dalam mendapatkan nutrisi yang sepatutnya kerana kebanyakan pemakananan bayi tidak manis. Adalah penting untuk kita beringat dalam pengambilan gula keatas bayi, tidak kira apa yang mereka inginkan.
8: Jenis gula bertindak berbeza fisiologi
Bagi maksud diet kehamilan, satu-satunya jenis gula yang ibu-ibu sepatutnya tahu ialah gula semula jadi dan gula tiruan. Gula semulajadi kebanyakannya ditemui dalam buah-buahan dan ianya tidak memberi kesan buruk. seperti makan mangga, epal, atau pisang. Sesetengah ibu perlu berhati-hati dalam pengambilan gula tiruan, yang biasa terdapat dalam pai, kek cawan, dan ais krim, dan yang sebaiknya ianya perlulah dielakkan.
9: Pembedahan cesarean (C-Section).
Semasa kehamilan, wanita yang mengambil gula yang banyak tidak semestinya mempunyai kandungan gula darah yang tinggi. Bagaimanapun, ianya bergantung kepada apa yang mereka makan dan tabiat mereka sendiri seperti merokok atau minuman keras yang boleh meningkatkan gula dalam darah. Kepada ibu yang hamil dan mempunyai kandungan gula darah yang tinggi, Pembedahan cesarean mungkin dilihat perkara biasa, tapi melakukan Pembedahan cesarean bukanlah satu perkara yang elok. Biasanya pembedahan terpaksa dilakukan kerana masalah bayi besar, sebab itu ibu terpaksa menghabiskan masa yang lama dalam proses bersalin, ianya amat menyakitkan dan meletihkan.
10: Penyakit jantung dan Kandungan tinggi Gula dalam Darah
Ketika kami membincangkan masalah kencing manis semasa mengandung, Kami mendapati masalah jantung kerap berlaku kepada bayi yang baru lahir ianya disebabkan komplikasi dari ibu yang mempunyai kencing manis, atau juga dari ibu yang mempunyai kandungan gula darah yang tinggi. Malah, dalam beberapa kontroversi yang timbul, ianya memberi tekanan kepada para Doktor, bagaimana untuk mengurangkan keperluan gula dalam darah dan bagaimana pula untuk penerima ubat kencing manis menerima akibat kesan dari komplikasi kelahiran ini. Memberi ubat kencing manis kepada seseorang yang bukan mempunyai kandungan gula darah tinggi yang serius, ianya boleh membahayakan kepada sistem Pankreas normal seseorang.
11: Kemungkinan mempunyai bayi yang besar
Salah satu perkara yang telah diulang beberapa kali dalam artikel ini adalah komplikasi kelahiran iaitu 'bayi besar.' Bayi besar adalah bayi yang berat ianya lebih berat dari purata biasa iaitu tujuh perpuluhan lima pound ketika lahir. Bayi yang melebihi berat ini selalunya akan mempunyai masalah jantung disebabkan tubuh bayi perlu bekerja lebih keras bagi mengepam darah ke seluruh tubuh badan
Bayi besar juga boleh membawa kepada pelbagai masalah semasa kelahiran. Tubuh bayi yang besar akan menyebabkan mereka lebih mudah terperangkap di dalam saluran faraj terutamanya dibahagian bahu, dimana ianya mengganggu proses bersalin secara normal. Pembedahan mungkin terpaksa dilakukan, disebabkan ibu-ibu ini tidak berupaya untuk memaksa bayi tersebut keluar, mengikut kemampuan faraj tersebut.
12: Mengapa makanan yang seimbang adalah sangat penting
Kami telah berbincang mengenai kesan-kesan buruk akibat mempunyai gula darah yang tinggi dan apa yang sepatutnya boleh digunakan untuk seorang ibu dan bayinya. Kami berbincang mengenai gula yang berbeza dimana seorang ibu mungkin ingin mencuba selain dari gula. Walau bagaimanapun, masih ada persoalan tentang apa yang patut dilakukan untuk mengelakkan daripada gula darah menjadi tinggi. Jawapannya ialah mudah. Selain berkomunikasi dengan Doktor, wanita hamil juga perlu sentiasa peka dengan pemakanan mereka. Makanan sihat boleh menjadikan kita berasa lebih yakin terhadap Kesihatan kita. Ia mengimbangi tahap pemakanan dan menjadikan otak kita lebih aktif. Di samping itu, ia menjadikan kesihatan kita lebih selesa. Bagi wanita hamil ini pemakanan yang diperlukan adalah dua kali ganda. Makanan yang sihat ialah makanan yang boleh mengawal gula dalam darah dari menjadi lebih tinggi. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga diperlukan dalam kuantiti yang banyak dan daging tanpa lemak adalah cara untuk mengatasi masalah protein. Dan juga jangan lupa minum air yang secukupnya.
13: Senaman bagi mengelakkan kandungan Gula yang tinggi
Salah satu kaedah untuk menurunkan paras gula dalam darah atau kepada penghidap kencing manis, adalah bersenam. Mengamalkan latihan senaman secara berjadual boleh memberi manfaat kepada masalah kesihatan. Ia boleh merembeskan endorfin dalam otak dari kemurungan atau kemurungan selepas bersalin bagi Ibu yang bersalin dan juga bagi Ibu yang bakal bersalin.
Terdapat banyak latihan kehamilan yang boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu yang hamil dan kandungannya, Seperti senaman Yoga yang menawarkan kelas kepada Ibu-ibu yang sedang mengandung. Adalah penting seorang wanita yang hamil tidak overexert kepada dirinya sendiri, walaupun senaman mampu memberikan kesihatan yang baik ketika mengandung.