top of page

Jika anda Migrain anda mungkin rendah Nutrien


Magnesium adalah mineral penting bagi tubuh badan manusia keperluannya ialah untuk tindak balas beratus-ratus biokimia. Peranan utama adalah untuk membantu fungsi saraf dan otot, dalam masa yang sama ia juga menyokong ketahanan tubuh badan dan kekuatan tulang, bagi mengawal tahap gula dalam darah untuk membantu tubuh kita mengeluarkan tenaga. Tahap paras magnesium yang rendah juga boleh menyebabkan masalah kepada Kesihatan, dan ianya mungkin akan lebih mudah untuk kita mendapat Migrain.



"Migrain dianggap sebagai suatu gangguan excitability otak," Richard Lipton, MD, Naib Pengerusi Neurologi di Albert Einstein College of Medicine. Ianya adalah antara serangan yang menyakitkan, mereka yang mengalami Migrain mempunyai otak yang sensitif, atau hyper iaitu mudah teruja, katanya. "Ini bermakna, di bawah keadaan yang normal, serangan tetap boleh berlaku, jika minum arak terlalu banyak, tidak mendapat tidur yang cukup, dan tempoh haid seseorang wanita, disebabkan gangguan sistem saraf."



Magnesium memainkan peranan penting dalam mengawal selia excitability otak. Ianya seolah-olah seperti sel-sel saraf bercakap diantara satu sama lain dengan melepaskan bahan-bahan kimia yang dipanggil Neurotransmitters. Diantaranya magnesium melepaskan neurotransmitters tertentu di dalam otak termasuk glutamat, ianya dipanggil Neurotransmitter Excitatory. Kajian juga menunjukkan bahawa semasa berlakunya Migrain, mereka itu mempunyai tahap magnesium yang rendah diantara darah dan otak. Apabila paras magnesium rendah menjadikan sel-sel saraf lebih terdedah kepada pelepasan bahan kimia seperti excitatory dan glutamate yang mungkin secara umum menyumbang kepada keadaan excitability otak, dan menjadikan otak kita akan lebih mudah teruja.



Meningkatkan paras magnesium, menjadikan otak kita dalam keadaan seimbang, oleh itu, teori magnesium untuk mencegah Migrain adalah tepat," Lipton berkata. "Beberapa kajian menunjukkan dengan jelas kesannya namun magnesium yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kekejangan dan cirit-birit, sebaiknya bermula pada dos yang rendah dan melakukan kerja seharian, ianya boleh menyelesaikan masalah ini. Pakar sakit kepala pula kebanyakan, termasuk Lipton, memilih untuk menggunakan preskripsi ubat Migrain dengan mengamalkan magnesium seharian. ianya dilihat lebih berkesan.



Dos yang biasa ialah 200mg atau 250mg iaitu dua kali setiap hari, atau 500mg sekali gus, namun hanya sesetengah dari mereka yang boleh mengendalikan dos yang lebih tinggi ini. Dan adalah penting untuk kita ingat bahawa ianya mengambil masa untuk magnesium bertindakbalas di dalam tubuh badan kita," kata Lipton. Ia mungkin mengambil masa empat hingga ke enam minggu sebelum ianya berfungsi secara meluas. Selain itu, Magnesium juga boleh digunakan sebagai rawatan Akut, yang diselia melalui IV/ER atau doktor Migrain, walaupun tidak semua sakit kepala doktor dapat menawarkannya.



Pemakanan diet sama ada yang kaya dengan magnesium ianya bukan idea yang buruk, tetapi Lipton didalam notanya melalui beberapa sumber, mereka yang suka makan coklat boleh menyebabkan Migrain kepada sesetengah orang. Sayur-sayuran, biji Labu, badam, avocados adalah semua sumber yang baik, dan mempunyai banyak faedah kepada kesihatan yang lain, walaupun ia mungkin tidak ada perbezaan kepada Migrain anda, sekurang-kurangnya ianya tidak rasa menyesal apabila dimakan, terutamanya sayur-sayuran.




bottom of page