Jururawat merupakan profesion dalam sektor penjagaan kesihatan yang tertumpu kepada penjagaan individu, keluarga dan masyarakat supaya mereka boleh mencapai, mengekalkan atau mendapatkan kembali kesihatan yang optimum dan kualiti hidup.
Jawatan Jururawat terbahagi kepada tiga,
Jururawat Kumpulan Profesional U41
Jururawat Kumpulan Sokongan U29
Jururawat Masyarakat (Bidan) U19
Jururawat profesional kelayakan minima mereka adalah Ijazah Sarjana Muda, dan jururawat sokongan kelayakan minima mereka adalah Diploma, manakala bagi jururawat masyarakat kelayakan mereka adalah Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)
Di Malaysia kebanyakan Jururawat adalah kumpulan sokongan, dari 89,000 jururawat yang sedang berkhidmat di sektor awam dan 38,000 di sektor swasta, hanya terdapat 652 jururawat di sektor awam pemegang ijazah mengikut statik 2016. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, Kementerian Kesihatan bercadang menetapkan kelayakan minima ijazah sarjana muda bagi jururawat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam pula, mengalakkan golongan jururawat mendapatkan pendidikan pada peringkat ijazah dan memiliki pengkhususan dalam bidang itu. Ianya akan memperluaskan peranan jururawat dalam industri kesihatan. "Jururawat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam hospital besar tetapi juga di klinik kecil terutamanya di luar bandar.
Kenaikan pangkat bagi Jururawat pula bergantung kepada kelayakan, Jururawat yang mengambil Kursus Lanjutan (Pos Basik) dan pengalaman bekerja lebih dari tempoh tiga tahun layak dipertimbangkan ke Gred U32 (Sister), dan Gred yang seterusnya U36 (Matron) dan ianya masih dalam Kumpulan Sokongan berbeza kepada Jururawat Kumpulan Profesional yang mempunyai kelayakan Ijazah, mereka akan dipertimbangkan ke Gred U41/U42, (Pengajar/Matron) U44, U48, U54. Manakala Jururawat Masyarakat/Bidan boleh dinaikkan ke Gred U29 apabila mereka diberi peluang dihantar belajar pengkhususan khas selama setahun.