Gaya hidup sihat
"Hidup sihat adalah kunci kepada strategi Otak sihat," Dr. Wendy Suzuki, seorang Profesor psikologi di Universiti New York yang diiktiraf, telah menulis buku bertajuk Otak sihat, Hidup bahagia. Ianya mengatur cara keperibadian kehidupan anda, supaya dapat mengaktifkan otak anda dengan melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Contohnya seperti, Tidak Merokok, mengingati perlunya memakai Talipinggang dan Topi keledar, tujuannya untuk mengelakkan kecederaan kepada otak anda. Kehidupan sosial bersama komuniti juga adalah faktor kepada gaya hidup yang sihat, seperti mengajak anda kepada tidak terus merokok, tujuannya sama, untuk membantu melindungi faktor risiko Kesihatan Kardiovaskular seperti tekanan hidup, darah tinggi, dan juga jantung.
Senaman
Dr Wendy Suzuki mula mendapat inspirasi mengenai kesan senaman didalam penulisannya, ialah bagaimana otak berfungsi dengan baik selepas melakukan pembentukan fizikal yang betul, ianya adalah bergantung kepada mood Perhatian dan Peringatan. Lebih penting lagi, apabila dapat melihat "lebih banyak diluar kotak, dan secara kreatif, dan saya telah mula membangunkan kelas baru." Beliau pada awalnya menulis ini sebagai "lucky rest." Tetapi selepas menghabiskan masa bersama Kesusasteraan yang diiktiraf, beliau mendapati satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan, pesakit yang ada kerosakan hippocampal mempunyai masalah yang sukar menggunakan kedua-dua ingatannya dan juga keupayaan mereka membayangkan senario yang berlaku kepada mereka sebelum ini. Akhirnya, dia mendapati imaginasi dan tugas-tugas yang berkaitan, memerlukan keduanya dalam hippocampus. Hippocampus adalah bertindak sebagai merangsang kelahiran sel stem otak baru. "Saya gunakan ini sebagai penjelasan, mengapa kita seolah-olah ingin menjadi lebih baik, dan saya juga percaya bahawa kelahiran sel-sel otak baru ini, di dalam hippocampus adalah bermula dari asal-usul kepada penyebab kita menjadi lebih kreatif. Ianya adalah satu hipotesis, dan saya telah mula memikirkan untuk dalam Makmal Penyelidikan saya.
Pemakanan yang baik
Sihat, "diet seimbang yang rendah lemak tinggi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan membantu mengurangkan risiko kognitif," Dr Suzuki berkata pada dirinya sendiri, "makan daging merah yang sedikit," dia secara umumnya mencuba untuk mengurangkan makanan berlemak dengan tanpa susu. Pemakanan minda adalah satu diet yang telah terbukti boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 53 peratus. Terdapat 15 makanan yang memisahkan antara kesihatan dan makanan yang tidak sihat. Makanan yang sihat termasuk sayur-sayuran, beri, kekacang dan bijirin. manakala makanan yang tidak sihat termasuk, daging merah, mentega, keju, pencuci mulut, dan juga makanan goreng atau junk food. Dalam pada itu nutrien lain yang mampu memberi manfaat kepada fungsi kognitif dan kekuatan otak ialah Koko flavanols, asid lemak omega-3 dan magnesium.
Aktiviti diri
Dr Wendy Suzuki cuba meningkatkan kercerdasan otak, salah satu cara yang paling mudah ialah melibatkan dirinya melalui "Permainan" seperti teka-teki Sudoku atau membantu permainan membina blok bangunan untuk anak-anak. Dr Suzuki, bagaimanapun, berpegang kepada sesuatu yang dia baca, iaitu apa yang ditulis oleh Brian Grazer dan Charles Fleshman." Beliau merasakan dalam hal ini disebut perbualan yang patut kita tahu, luar dari bidang iaitu seperti filmmaking dan berbual-bual bersama mereka, seperti Jonas Salk, yang membangunkan pelalian polio," Colin Powell, dan juga bekas Presiden Bush dengan ucapannya," katanya. "Saya meminta mereka yang diluar, menceburi arena penerbitan buku, yang begitu berbeza daripada ahli akademik. Terdapat sesetengah orang yang bijak menulis, mereka itu adalah editor, yang berada dalam dunia yang kreatif, dan saya secara khususnya cuba ingin mengembangkan fikiran anda dengan cara penulisan. "
Kesihatan mental
Beberapa kajian telah menunjukkan kemurungan boleh meningkatkan risiko kognitif, sama seperti masalah kebimbangan dan tekanan. Maklumat yang baik adalah jika anda seorang yang kerap bersenam, atau anda menjaga kedua-duanya iaitu fizikal dan mental, dimana akan menjadikan diri anda berada dalam keadaan yang dibentuk. Senaman dikenali sebagai melegakan tekanan, iaitu meningkatkan norepinephrine kimia, yang mampu memberi tindak balas kepada otak. Terdapat juga perkara-perkara yang dipanggil endorphin dan punca masalah stigma yang berterusan juga, memaksa mereka yang bermasalah ini, terpaksa mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Terutamanya kepada pihak lelaki. Jika anda tidak pasti di mana sebenarnya masalah anda, National Institutes of Health secara rasmi mencadangkan anda bercakap dengan seseorang yang boleh anda percayai tentang masalah anda yang mungkin boleh diselesaikan.
Fikiran
Kesihatan otak adalah berkenaan dengan kesimbangan, ianya penting kepada peningkatan otak yang sihat. Menurut kajian sains, yang masih berusaha untuk mendapatkan formula ajaib ini, salah satunya dengan cuba mengoptimumkan otak. Dan berusaha memberi impak yang besar ke arah pencegahan dan rawatan Alzheimer, ia tidak sepatutnya, hanya memberi fokus kepada mereka yang tua sahaja, walaupun salah satu faktor terbesar Alzheimer yang normal atau tidak normal, adalah datang dari kesan penuaan. Menurut Dr Suzuki juga terdapat "kebenaran yang menakjubkan tentang senaman, bagaimana ia mampu mengubah Anatomi otak, cara berfungsi, fisiologi, ataupun berkaitan kreativiti, dan menjadikan fungsi otak anda bertambah baik sehingga seumur hidup. Ini telah diakui, walaubagaimanapun, tidak ada orang yang kebal."