Aktiviti-aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian boleh menjejaskan sistem ketahanan badan. Sistem imun yang kurang aktif dan lemah boleh membawa kepada beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
Fungsi utama sistem imun ialah melindungi tubuh daripada jangkitan. Meningkatkan dan Mengukuhkan sistem imun merupakan langkah penting untuk mencapai ketahanan terhadap penyakit serta mengurangkan jurang mendapat penyakit seperti selesema, kesejukan, dan kanser. Individu perlu melibatkan diri dalam gaya hidup yang sihat, dengan mengurangkan masalah tekanan, melalui bersenam, pemakanan yang betul dan menggunakan makanan tambahan yang sesuai seperti ubat-ubatan herba bagi menguatkan sistem ketahanan badan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk kita atasi masalah sistem imuniti ini.
TEKANAN
Menurut Institut kanser Kebangsaan, tekanan yang berpanjangan boleh menjejaskan sistem imun. John Spangler, MD, Professor Kesihatan Keluarga dan Komuniti Perubatan Wake Forest Baptist Medical Center di North Carolina, melaporkan bahawa tekanan terhadap otak boleh menyebabkan peningkatan penghasilan hormon kortisol, yang melemahkan fungsi sel T untuk melawan jangkitan. Dengan mengamalkan aktiviti melegakan tekanan ianya dapat membantu meningkatkan sistem imuniti kita.
KURANG TIDUR
Ini adalah penyebab utama kepada fungsi sistem imun menjadi lemah dan ianya mengurangkan jumlah sel-sel pembunuh bagi melawan kuman. Penyelidik Universiti Chicago yang ditemui dalam kajian bahawa mereka yang tidur hanya empat jam satu malam dalam satu minggu boleh menghasilkan selsema, dan menjejaskan pengeluaran antibodi yang berada dalam darah mereka, berbanding dengan mereka yang tidur 7 hingga 8 jam.
ALKOHOL
John Spangler percaya mereka yang berlebihan dalam pengambilan alkohol boleh mengurangkan tindak balas sistem imun terhadap patogen yang menyerang. "Arak penyebab utama metabolite, acetaldehyde, mungkin merosakkan fungsi ciliary dalam paru-paru, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada serangan bakteria dan virus," jelas beliau.
PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
Pengambilan berlebihan gula dan pemprosesan makanan (junk food) yang mengandungi racun, seperti aditif, bahan kimia dan bahan pengawet ianya boleh melemahkan sistem imun. Mengikut satu kajian di dalam American Journal of Clinical Nutrition, 100gm gula mampu membunuh sel-sel darah putih.
OBESITI
Obesiti menyebabkan sistem imun menjadi lemah kerana ia boleh menjejaskan keupayaan sel darah putih untuk terus membiak, bagi menghasilkan antibodi dan mencegah dari keradangan.