top of page

Hari kesedaran Lymphoma Sedunia 2016:

Fakta ringkas

Hari kesedaran Lymphoma Sedunia, telah diadakan pada 15 September setiap tahun, adalah satu hari yang khusus bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan lymphoma, merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.


Bagaimana Lymphoma berlaku.





Terdapat dua jenis utama lymphoma —


Hodgkin's lymphoma dan Non-Hodgkin's lymphoma.


Sel-sel yang terjejas disebabkan lymphoma akan berada dalam nodus limfa, limpa, thymus, tulang sum-sum dan anggota tubuh lain. Limfosit akan tumbuh di luar kawalan kepada pengidap lymphoma. Lymphoma boleh dirawat, dan dalam sesetengah kes ia mungkin boleh diubati. Walaupun Statistik dari Institut kanser Kebangsaan Amerika Syarikat menganggarkan bahawa terdapat hampir 20 kes Non-Hodgkin's lymphoma bagi setiap 100,000 orang penduduk di Amerika Syarikat, manakala Hodgkin's lymphoma agak jarang hanya tiga kes bagi setiap 100,000 orang.




Siapakah yang berisiko:


Mereka yang berumur dalam lingkungan 60 tahun atau lebih tua.


Lelaki


Mereka yang mempunyai system imun yang lemah disebabkan HIV/AIDS, pemindahan Organ, atau kerana mereka yang dilahirkan dengan penyakit Autoimmune.


Mereka yang mempunyai penyakit Autoimmune seperti rheumatoid arthritis, Sjögren's syndrome, lupus atau celiac disease.


Individu yang telah dijangkiti dengan virus seperti Epstein-Barr, hepatitis C, human T-cell leukemia/lymphoma (HTLV-1), atau human herpesvirus 8 (HHV8)


Orang-orang yang berkait rapat dengan mereka yang mempunyai lymphoma.


Mereka yang pernah dirawat Hodgkin atau Non-Hodgkin lymphoma di masa lalu.


Mereka yang berlebihan berat badan.




Simptom-simptom:


Bengkak kelenjar (nodus limfa), selalunya di leher, bawah ketiak atau pangkal paha


Batuk


Sesak nafas


Demam


Berpeluh malam


Sakit perut


Keletihan


Penurunan berat badan


Gatal-gatal


Kesejukan


Kekejangan dan kembung perut


Hilang selera makan




Fakta ringkas mengenai Lymphoma:


Lymphomas membentuk 3 ke 4 peratus daripada semua jenis kanser, menjadikan mereka sebagai Kumpulan kanser ketujuh paling lazim.


Rawatan untuk pesakit-pesakit lymphoma mungkin melibatkan rawatan chemotherapy, radiation therapy, targeted therapy, surgery, plasmapheresis dan pemantauan berterusan terhadap perubahan penyakit.


Lymphomas dan leukemias adalah sebahagiannya datang daripada ketumbuhan tisu-tisu hematopoietic dan lymphoid.


Jangka hayat di AS adalah lima tahun bagi semua jenis Hodgkin lymphoma virus (85 peratus), manakala Non-Hodgkin lymphomas adalah 69 peratus.


Jenis agresif paling besar yang biasa tersebar adalah B-sel lymphoma (DLBC).





bottom of page